Sunday, December 13, 2009

Makanan Hutan





Kemahiran memasak amat penting bagi seorang pengakap. Semasa kita berkembara di dalam hutan, makanan siap tidak mungkin dibawa bersama kerana ia akan memberi pengembara beban.
Jadi, sebagai seorang pengakap, kita mesti mempelajari kemahiran memasak makanan hutan bagi kita berhidup dalam hutan selama beberapa hari.
Segala bahan atau buah-buahan boleh diperoleh dari sekitar kawasan hutan seperti buah oren, buah kelapa, batang buluh, daun pisang dan sebagainya. Makanan bukan dimasak di atas dapur tetapi dimasak di atas api yang didirikan.
Memasak makanan hutan merupakan perkara yang paling penting dalam pengembaraan. Sekiranya sesat dalam hutan, dengan keadaan tiada makanan atau minuman, kita mesti memasak makanan hutan bagi meneruskan hidupan dan perjalanan yang panjang dalam hutan.

No comments:

Post a Comment