Wednesday, December 16, 2009

KOMPAS



KOMPAS
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.

Kegunaan kompas orienteering
Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
􀂉 Mengukur jarak
􀂉 Menentukan kedudukan
􀂉 Mencari arah

Kompas adalah alat penunjuk arah yang digunakan untuk mengetahui arah utara magnetis. Karena sifat kemagnetannya, jarum kompas akan menunjuk arah utara-selatan (jika tidak dipengaruhi oleh adanya gaya-gaya magnet lainnya selain magnet bumi). Tetapi perlu diingat bahwa arah yang ditunjuk oleh jarum kompas tersebut adalah arah utara magnet bumi, jadi bukan arah utara sebenarnya.

KEMBARA



Pengembaraan dalam pengakap hanya akan membawa manfaat sekiranya rancangan dibuat untuk menentukan aktiviti sepanjang perjalanan tersebut.
Persediaan sebelum pengembaraan secara kasarnya seperti berikut:
1. membincangkan peta perjalanan anda
2. menyediakan kompas dan haversack
3. menyediakan makanan, kotak pertolongan cemas, khemah dan alat-alat perkhemahan
4. membincangkan dengan pemimpin apakah yang akan anda lakukan semasa dalam pengembaraan
5. menyediakan sebuah buku log pengembaraan

Sunday, December 13, 2009

Makanan Hutan





Kemahiran memasak amat penting bagi seorang pengakap. Semasa kita berkembara di dalam hutan, makanan siap tidak mungkin dibawa bersama kerana ia akan memberi pengembara beban.
Jadi, sebagai seorang pengakap, kita mesti mempelajari kemahiran memasak makanan hutan bagi kita berhidup dalam hutan selama beberapa hari.
Segala bahan atau buah-buahan boleh diperoleh dari sekitar kawasan hutan seperti buah oren, buah kelapa, batang buluh, daun pisang dan sebagainya. Makanan bukan dimasak di atas dapur tetapi dimasak di atas api yang didirikan.
Memasak makanan hutan merupakan perkara yang paling penting dalam pengembaraan. Sekiranya sesat dalam hutan, dengan keadaan tiada makanan atau minuman, kita mesti memasak makanan hutan bagi meneruskan hidupan dan perjalanan yang panjang dalam hutan.

MALAM KEBUDAYAAN



Malam kebudayaan diadakan bersempena dengan satu-satu aktiviti perkhemahan,iaitu di dalam acara temasya unggun api.Amalan kebudayaan merupakan malam yang amat ditunggukan oleh setiap pengakap.Ia diadakan di waktu malam ketika sekumpulan pengakap sedang duduk dalam satu bulatan atau bentu k tapak kuda dan di tengahnya terdapat unggun api yang sedang menyala.Malam kebudayaan mempunyai tujuan yang tertentu dan amat memberi faedah kepada perkembangan jiwa ahli-ahli pengakap.

Di antara tujuannya ialah:

1. Dapat mencungkil bakat pengakap dari segi lakonan,nyayian dan lawak jenaka.
2. Melatih pengakap supaya tidak malu dan segan tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan dan bakat mereka.
3. Bersuka ria sesame ahli setelah seharian berkerja,mengembara dan kegiatan-kegiatan lain.
4. Menerangi kawasan di waktu malam,dan bagi menjauhkan dan menakutkan binatang buas di waktu malam semasa berkhemah di hutan atau bukit.

Sayugia juga dinyatakan setengah masyarakat menyatakan bahawa malam kebudayaan atau malam pengakap bercanggah dengan agama Islam.Mereka menyatakan ahli pengakap menyembah api sanbil bersukaria.Salah faham dan tanggapan ini terjadi kerana mereka tidak faham falsafah malam pengakap diadakan denggan unggun api.Pada masa tahun-tahun sebelum 1970-an,kebanyakan kem pengakap dan kawasan perkhemahan tidak mempunyai bekalan elektrik.Mereka menggunakan pelita ayam untuk menerangkan kawasan perkhemahan.Apabila mereka mengadakan malam pengakap di kawasan kem dan kawasan perkhemahan seperti ini mereka menyalakan unggup api untuk menerangkan kawasan bersukaria.
Sekarang hamper senua kem pengakap dan kawasan perkhemanhan mendapat bekalan elektrik.Pengakap sudah tidak menggunakan unggun api bagi menerangi kawasan malam kebudayaan.Sebaliknya nereka telah menggunakan nyalaan lampu elektrik bagi menggantikan unggun api.


PERSIAPAN AWAL
Beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum malam kebudayaan diadakan termasuk mendapatkan persediaan seperti kayu api(termasuk minyak tanah) atau lampu elektrk,makanan dan minuman,para jemputan (ibu bapa,pegawai atau orang kenamaan,ahli persatuan beruniform lain dan sebagainya),tempat duduk,kawasan dan persediaan lain.

TEMPAT
Menentukan tempat untuk diadakan malam kebudayaan juga adalah penting dan tempat ini hendaklah berhampiran atau di dalam prsekitaran kawasan perkhemahan.

Dalam menentukan tempat faktor-faktor berikut boleh dipertimbangkan:

1. Di kawasan luar yang cukup lapang dan tidak mendatangkan kerosakan atau merbahaya kepada tanah,harta benda dan alam semula jadi.
2. Jauh dari tempat-tempat orang ramai,seperti masjid,hospital,balai raya dan sebagainya.
3. Jika tempat atau kawasan itu basah,letakkan zink kemudian bubuh sedikit tanah atau di atasnya.Kemudian baru nyalakan unggun api(jika dibuat di hutan).
4. Jika ada dewan atau pentas bolehlah digunakan atau jika tiada,boleh gunakan elektrik di kawasan tanah lapang.


ATURCARA

Bagi menjaminkan malam kebudayaan berjalan dengan lancer,tidak berlarutan dan tidak menjemukan,juruacara atau ketua kumpulan atas nasihat pemimpin perlu memikirkan tentang aturcara yang akan diadakan.Juruacara yang mengelolakan malam kebudayaan mesti mempunyai kebolehan yang beraneka,misalnya lakonan,nyanyian dan mempunyai banyak idea terutama apabila pengakap sudah mulai jemu atau malam mulai larut.

Masa bagi satu-satu acara hendaklah tidak terlalu panjang atau pendek(juruacara hendaklah menetapkan had masa).Setiap kumpulan mestilah melantik ketua persembahan masing-masing).
Pertunjukan dan persembahan daripada patrol dan kumpulan biasanya meranglumi:

1. Lakonan-Mudah difahami dan mengandungi pengajaran ,terutama kepada pengakap tetapi tidakmenyentuh atau menyinggung perasaan mana-mana pihak seperti agama politik dan perkara-perkara sensitif.
2. Nyanyian-Solo dan juga beramai-ramai tetapi seni katanya mestilah mempunyai aspek-aspek moral dan akhlak.
3. Lawak jenaka-Lucu tetapi tidak menggunakan perkataan atau perbuatan lucah,kurang sopan dan sensitif.

Selepas sesuatu persembahan,biasanya sorakan pengakap atau Yell diberikan dan diikuti oleh pengakap lain.Yell ini mestilah memberi perangsang,dan bukan Yell yang menjatuhkan maruah patrol atau kumpulan yang mempersembahkan pertunjukan.

Wednesday, November 25, 2009